Friday, September 3, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA... LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , dan 4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini : 1. suaminya, 2. ayahnya, 3. anak lelakinya dan 4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : 1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya . Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. .supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh: - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh. - melegakan sakit hernia. (burut) - mengurangkan sakit senggugut ketika haid. - melegakan paru-paru daripada ketegangan. - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. - meringankan bahagian pelvis. - memberi dorongan supaya mudah tidur. - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. - mengurangkan kegemukan. - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) . - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.
Surah Al-Munaafiquun : Ayat : 9 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB : Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib? Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja..... Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah... Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja. Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata.

Tuesday, May 18, 2010

Kenapa Belajar PHP & MySQL?

Pengaturcaraan PHP & MySQL merupakan perisian sistem yang banyak digunakan dalam pembangunan sistem masa kini.
Contohnya ialah seperti laman web popular seperti facebook.com jugadibangunkan menggunakan PHP & MySQL.
Objektif kelas ini ialah untuk menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membangunkan laman web menggunakan pengaturcaraan PHP dan juga memanipulasi data di pangkalan data menggunakan MySQL.
Oleh kerana kelas ini mensasarkankepada mereka yang ingin menggunakanpengaturcaraan PHP dalam membangunkanlaman web interaktif, maka sebaiknyapeserta mempunyai pengalaman ataupengetahuan dalam pengaturcaraanHTML.
Atau juga sekurang-kurangnya pernahmenggunakan pengaturacaraan modenyang lain yang melibatkan pemanipulasiandata dalam pangkalan data.
Atau juga sekurang-kurangnya pernahmembangunkan laman web menggunakanperisian lain seperti Front Page,Dreamweaver dan lain-lain.
Namun bagi mereka yang tidak pernahdidedahkan dengan pengaturcaraan,mereka masih boleh memahami kelasini tetapi mungkin mengambilsedikit masa untuk memahaminyadengan lebih mendalam.
KelasPHP.com ini adalah kelas yangsesuai untuk anda kerana ianya adalah100% kelas praktikal.
Semua contoh dan pengaturcaraan danpenerangan dilakukan dengan huraianmudah difahami bagi memudahkan andamempraktikkan langkah-langkah yang akanditunjukkan.
Jika anda berminat untuk menghadirinya,silalah lihat tarikh terbaru di bawah ini:
http://www.KelasPHP.com/index.php?ref=umiqistina

Sekian. Terima kasih.

Yang benar
Mazida Mahat

Thursday, April 15, 2010

27/03/10 1st day in Beijing... foto...

Bird nest olympic


Huatong... naik beca




Dr Tea.. minum teh




Tiananmen square.. forbidden city..

First breakfast, memang sedap makan kat sini tp tak ingat la nama restaurant nih.. muslim rest..



Arrive kat Beijing airport suhu 2c.. Nak Senyum pun ..beku..he he

Tuesday, April 13, 2010

Company trip to Beijing - 26/03/10-31/03/10


26hb March aritu umi pgi company trip ke beijing.. Memang best..Dapat pengalaman baru merasa musim sejuk ngan pakai skaf,glove dan paling penting baju tebal. Cuaca kat sana memang sejuk sgt..Kami bertolak dri kuantan dlm pkl 3ptg sampai kat office kl dlm pkl 7.30 mlm. Terus pgi mkn dulu sbbnya takut nnti tak sempat nak mkn dah, sbb flight pkl 12mlm. Dlm pkl 9.15mlm kami gerak pegi klia naik 2 buah van sampai kat klia dah dekat pkl 11 mlm terus je naik level 5 pastu counter G.Sampai je kat situ member2 dri kk, kuching, ipoh, penang & jb dah tunggu ktorng. Collect passpost bgi kat tour leader Frankie. 11.30mlm dah kena check in dlm pkl 12mlm fly to beijing.
Naik Air China kelas ekonomi memang tak selesa..6 jam tuh..nak sampai. Sakit pinggang ngan badan.. memang tak boleh nak tido walaupun disediakan selimut ngan bantal.Apa lgi Umi layan je la movie yg ditayangkan best la jugak.. 6pagi sampai beijing waktu m'sia ngan beijing sama je. Jejak je kaki kat beijing frozen rasanya tak boleh nak bukak mulut suhu dlm 2'c memang sejuk nak2 klu angin bertiup fuuhh gigil..

Wednesday, April 7, 2010

PERSAHABATAN


Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..

Tuesday, March 9, 2010



The HAPPIEST people DO NOT necessarily have the 'BEST' THINGS

They simply APPRECIATE the thing they have

Friday, March 5, 2010

suka artikel nih.. :))

Pernahkah you all terfikir, mengapa lelaki berlaku curang?… Adakah mungkin kerana wanita lain lebih lawa lagi?

Ramai wanita menjawab, “Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!” Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.

Pada pendapat bro, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya.

“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan? ”

If ever bro yang berlaku curang, maybe bro sendiri tidak tahu menjawabnya. You know, kadang-kadang tu bro sendiri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan, “I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari ’Baby’ lain!”

YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan berbagai alasan yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-

Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…
· “Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”

· “You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”

· “I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”

· “I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”

· “I’m a good listener, you can talk about anything to me.”

Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…
· “You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.

· “You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”

· “You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”

· “Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”

· “You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”

Aiih…cepat bebenor berubahnya ya…Hehehe…terkena kaum lelaki minggu ni. Tapi relax arrr…bukan bro nak menyalahkan sesiapa cuma bro sendiri curious and wondering, why do men cheat on women?!

Tidak ingatkah janji you all pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan wanita?…Ada bro bertanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua, nama dia Tam. “Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”

Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”

“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?” tanya bro.

“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi saya kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”

”Ai, Encik Tam…biar betul!”

“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”

Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…

You berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila you bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…you akan JEMU jugak akhirnya.

I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!

Nasihat bro kepada kaum lelaki :
Carilah wanita yang benar-benar you suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang you akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then bro pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.

Nasihat bro kepada kaum wanita :
Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…kikikiki

Alright semua…so, apa pendapat anda pula?…adakah cara-cara lain yang boleh anda fikirkan untuk dikongsi bersama?…keluarkan apa yang anda rasa boleh membantu antara satu sama lain and let it out here.

Monday, February 22, 2010

lIKe thIS :)))

Don't judge a person by his apperiance or his background (But in this case... from where he/she is from)

One truck driver was doing his usual delivery to IMH (Institute of mental health)
He discovered a flat tyre when he was about to go home. He jacked up the truck and took the flat tyre down.
When he was about to fix the spare tyre, he accidentally dropped all the bolts into the drain.
As he can't fish the bolts out, he started to panic.

One patient happened to walk past and asked the driver what happened.
The driver thought to himself, since there's nothing much he can do; he told the patient the whole incident.
The patient laughed at him & said "can't even fix such a simple problem...

no wonder you are destined to be a truck driver..."


Here âs what you can do, take one bolt each from the other 3 tyres and fix it onto this tyre.

Then drive to the nearest workshop and replace the missing ones, easy as that"
The driver was very impressed and asked "You're so smart but why are you here at the IMH?"


Patient replied: "Hello, I stay here because I'm crazy not STUPID!"

Friday, February 5, 2010

Sunday, January 31, 2010

haPPY BirthDay to umi

Happy birthday along itulah ucapan yg terkeluar dari mulut Munirah.. masa tu dlm kete baru blk dri kg.. sampai kat trafic light dah dekat ngan rumah pkl 12.04 tengah mlm.. hmmm... dah tua dah umi. Bila difikir2 blk dah sampai tahap ni umur umi apa pencapaian yg umi dah buat yea..emmm.. alhamdulillah umi rasa umi dah bersyukur sgt dgn apa yg umi dah kecapi.

1)Dari segi hubungan kekeluargaan.Alhamdulillah setakat ni dan selama2nya.Insyallah
Umi dapat ibubapa yg bertanggungjawab mendidik umi menjdi manusia, dianugerahi dgn suami yg bertanggungjawab, adik2 yg sporting, anak yg nakal dan tak lupa juga keluarga mentua baik ayah dan mak maupun ipar duai..sedara mara dan juga kawan2 yg dpt terima umi seadanya.
2)Dari segi kebendaan & kehidupan. Alhamdulillah makan pakai cukup,dah ada tempat berlindung & kenderaan sendiri.Bersyukur sgt dgn limpahan rezeki yg telah dianugerahi allah s.wt. Bagi umi itu sudah mencukupi.
3)Dari segi jln2. Alhamdulillah umi dpt jugak melancong ke luar negera.
Umi dpt melawat negara2 jiran biarpun bkn dgn duit sendiri tp company sekurang2nya umi dah merasa naik kapalterbang. First time umi keje kat Malaysian Broadwide ni umi dpt pgi phuket,pastu pangkor..tioman..sabah..sarawak..penang...hong kong dan insyallah bln mac ni beijing.

Cuma satu je lgi yg umi rasa umi kena pertingkatkan dan perbaiki kelemahan2 umi (amalan)untuk menuju akhirat. Insyallah. Amin
emmm.. Insyallah ni akan menjadi azam umi..... chayook chayook.

Tuesday, January 26, 2010

pinJAm kATa2 shANia

Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

Have a unique character like salt
its presence is not felt but its
absence makes things tasteless.

Monday, January 25, 2010

sOMe gOOd liNES

NEVER CRY FOR ANY RELATION IN LIFE

BECAUSE FOR THE ONE WHOM YOU CRY

DOES NOT DESERVE YOUR TEARS

AND THE ONE WHO DESERVES

WILL NEVER LET YOU CRY.........
........


*********

TREAT EVERYONE WITH POLITENESS

EVEN THOSE WHO ARE RUDE TO YOU,

NOT BECAUSE THEY ARE NOT NICE

BUT BECAUSE YOU ARE NICE
........ ......... ......


*********

NEVER SEARCH YOUR HAPPINESS IN OTHERS

WHICH WILL MAKE YOU FEEL ALONE,

RATHER SEARCH IT IN YOURSELF

YOU WILL FEEL HAPPY

EVEN IF YOU ARE LEFT ALONE....... ......... ......


*********


ALWAYS HAVE A POSITIVE ATTITUDE IN LIFE.

THERE IS SOMETHING POSITIVE IN EVERY PERSON.

EVEN A STOPPED WATCH IS RIGHT

TWICE A DAY......... ......... ......... ........


*********


HAPPINESS ALWAYS LOOKS SMALL

WHEN WE HOLD IT IN OUR HANDS.

BUT WHEN WE LEARN TO SHARE IT,

WE REALIZE HOW BIG AND PRECIOUS IT IS...

Saturday, January 23, 2010

Friday, January 22, 2010

A little boy wanted to meet God. He knew it was a long trip to where God lived, so he packed his suitcase with a bag of potato chips and a six-pack of root beer and started his journey.When he had gone about three blocks, he met an old woman. She was sitting in the park, just staring at some pigeons. The boy sat down next to her and opened his suitcase. He was about to take a drink from his root beer when he noticed that the old lady looked hungry, so he offered her some chips. She gratefully accepted it and smiled at him.

Her smile was so pretty that the boy wanted to see it again, so he offered her a root beer. Again, she smiled at him. The boy was delighted! They satThere all afternoon eating and smiling, but they never said a word.
As twilight approached, the boy realized how tired he was and he got up to leave; but before he had gone more than a few steps, he turned around, ran back to the old woman, and gave her a hug. She gave him her biggest smile ever.
When the boy opened the door to his own house a short time later, his mother was surprised by the look of joy on his face. She asked him, "What did you do today that made you so happy?" He replied, "I had lunch with God." But before his mother could respond, he added, "You know what? She's got the most beautiful smile I've ever seen!"
Meanwhile, the old woman, also radiant with joy, returned to her home. Her son was stunned by the look of peace on her face and he asked, "Mother, what did you do today that made you so happy?" She replied! "I ate potato chips in the park with God." However, before her son responded, she added, "You know, he's much younger than I expected."Too often we underestimate the power of a touch, a smile, a kind word, a listening ear, an honest compliment, or the smallest act of caring, all ofWhich have the potential to turn a life around. People come into our lives for a reason, a season, or a lifetime! Embrace all equally!

Friday, January 15, 2010

Thursday, January 14, 2010

Copy dri email

4 isteri jagalah yg pertama
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita seringmengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!Wallahualam

Air Mata Ibu

Itulah tajuk semanis kurma malam tdi pkl 9.30, yg dihoskan oleh ustazah bahyah & suaminya kat tv9. Kisah yg dibentangkan mmglah sedih. umi ngan mak umi mengucap pjg dgr kisah seorg ibu yg menjadi tetamu selain artis sheera dan ibunya aznah hamid pd masa tu.

Kisahnya bermula begini

Ibu ni dah berpisah dgn anak2 dia seramai 3 org, lelaki semuanya selama 18thn setelah diceraikan dgn talak 3 oleh suaminya.. Dlm tempoh tersebut berbagai cara telah dibuat oleh ibu ni utk berjumpa dgn 3 org anaknya tp telah dihlg oleh suaminya. Dipendekkan cerita akhirnya termakbul juga doa si ibu pabila suatu hari tu dia dpt no. tel anak sulongnya yg berumur 22thn dan berkhidmat di kluang, Johor. Yg plg mengembirakan ibu ni pabila anaknya ingin berjumpa dgn dia. Setelah mereka berjumpa buat pertama kalinya selepas 18 thn, anak ni ingin tinggal bersama ibunya tp dari detik itu lah bermulanya sejarah hitam yg tak dpt dilupakan oleh si ibu.. ... (umi pun tak tau mcmana nak ceritakan).. Anak ni telah merogol ibunya beberapa kali.... masa dgr cerita tu mmg tergamam... ibu ni ckp walaupun dia marah dan memukul anaknya tp skit pun anak ni tak menyesal dgn perbuatannya.. ibu ni dah tak nak maaf kan anak dia dunia akhirat. Nauzubillah.
Itulah serba skit yg dpt umi kongsi kan sbb tak tau mcmana nak terangkan... kisahnya pjg lgi. Harap2 ianya dpt menjadi pengajaran & sempadan pd kita semua.

Friday, January 1, 2010

haPPy birTHday aBaNG (ayAH)


Happy birthday abang. Semoga abang dipanjangkan umur dimurahkan rezeki. Terima kasih kerna menjadi suami & ayah yg terbaik buat umi & qistina.